23 December 2011

PMR?,, Alhamdulillah :)

alhamdulillah..
admin nak cerita kat sini pasal keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang baru diumumkan semalam.. syukur,, tahun ini, batch Genvixy 0913 SBP Integrasi Gombak telah mencipta sebuah kejayaan yang yang amat membanggakan. 67 orang daripada 89 orang berjaya mendapat 9a apabila keputusan PMR yang telah keluar semalam. kejayaan ini juga telah membawa batch kami berjaya mencatat pointer 1.0499 dimana mencatat kedudukan ketiga terbaik dalam sejarah penubuhan Integomb selepas batch Jumperz (1.03), batch Davix (1.04) dan Batch GENVIXY (1.0499).


walaupun hasrat untuk mencapai 801a tak tercapai tapi kita wajib bangga dengan pencapaian kita sebab kita dah sama-sama berusaha. Belajar daripada pagi sampai malam. tanpa mengenal erti penat semata-mata nak menghasilkan kejayaan kita bersama. Sama-samalah kita syukur dengan rezekiNya.
bagi mana-mana ahli Genvixy yang tidak berjaya, mungkin rezeki tidak menyebelahi kalian pada PMR ini. tapi, ingatlah, perjalanan hidup masih panjang dan masiih banyak perkara boleh diperbaiki untuk kejayaan yang lebih manis pada masa depan. SPM ada lagi kan nanti. :) think positive guys. jangan menyesal, rakan-rakan ahli Genvixy yang lain tetap ada bersama-sama untuk membantu. ingat, kita still 1 batch kan. SPM nanti kita buat betul-betul. kita buat yang terbaik.


sebelum habiskan post ni, admin nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada semua yang telah membantu kami terutama guru-guru yang telah mengajar kami tanpa mengenal erti penat dan lelah, ibu bapa yang sentiasa memberi dorongan, kawan-kawan yang tidak pernah jemu membantu, dan senior dan junior yang sentiasa memberi semangat kepada kami. kami betul-betul menghargai jasa baik kalian. tak lupa juga kepada semua yang mendoakan kejayaan kami ini :) alhamdulillah Allah mendengar doa kami dan doa kalian.


No comments:

Post a Comment