23 December 2011

PMR?,, Alhamdulillah :)

alhamdulillah..
admin nak cerita kat sini pasal keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang baru diumumkan semalam.. syukur,, tahun ini, batch Genvixy 0913 SBP Integrasi Gombak telah mencipta sebuah kejayaan yang yang amat membanggakan. 67 orang daripada 89 orang berjaya mendapat 9a apabila keputusan PMR yang telah keluar semalam. kejayaan ini juga telah membawa batch kami berjaya mencatat pointer 1.0499 dimana mencatat kedudukan ketiga terbaik dalam sejarah penubuhan Integomb selepas batch Jumperz (1.03), batch Davix (1.04) dan Batch GENVIXY (1.0499).


walaupun hasrat untuk mencapai 801a tak tercapai tapi kita wajib bangga dengan pencapaian kita sebab kita dah sama-sama berusaha. Belajar daripada pagi sampai malam. tanpa mengenal erti penat semata-mata nak menghasilkan kejayaan kita bersama. Sama-samalah kita syukur dengan rezekiNya.
bagi mana-mana ahli Genvixy yang tidak berjaya, mungkin rezeki tidak menyebelahi kalian pada PMR ini. tapi, ingatlah, perjalanan hidup masih panjang dan masiih banyak perkara boleh diperbaiki untuk kejayaan yang lebih manis pada masa depan. SPM ada lagi kan nanti. :) think positive guys. jangan menyesal, rakan-rakan ahli Genvixy yang lain tetap ada bersama-sama untuk membantu. ingat, kita still 1 batch kan. SPM nanti kita buat betul-betul. kita buat yang terbaik.


sebelum habiskan post ni, admin nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada semua yang telah membantu kami terutama guru-guru yang telah mengajar kami tanpa mengenal erti penat dan lelah, ibu bapa yang sentiasa memberi dorongan, kawan-kawan yang tidak pernah jemu membantu, dan senior dan junior yang sentiasa memberi semangat kepada kami. kami betul-betul menghargai jasa baik kalian. tak lupa juga kepada semua yang mendoakan kejayaan kami ini :) alhamdulillah Allah mendengar doa kami dan doa kalian.


21 December 2011

PMR

bismillah

tarikh       : 22/12/2011
masa        : bermula 10 pagi sehingga (tak tahu)
pakaian    : uniform rasmi sekolah
kehadiran : sunat muakad :D
acara





jadi admin ucapkan

kepada eemua ahli genvixy

walau apa pun keputusan kita esok hari terimalah dengan hati yang terbuka.
sebab kita dah berusaha, berdoa, bertawakkal. jadi kita kena redha
Allah tahu apa yang terbaik untuk kita :D
insyaAllah 801 A's milik kita.

moga kita dapat membanggakan kedua ibu bapa dan guru-guru
bagi yang berjaya, ucapkanlah alhamdulillah..toksah riak..=)
bagi yang belum berjaya, , toksah sedih2  sebab pmr hanya permulaan.
banyak lagi yang menanti..
dan jangan lupa ucapkanlah terima kasih kat ibu bapa kita, cikgu2 dan siapa2 yang ada membantu..

okay2 jumpa esok..
sebarang pertanyaan sila rujuk kepada hairi dan liyana :)

13 December 2011

masanya hampir tiba

pejam celik pejam celik, dah 3 minggu cuti sekolah. admin tau, korang semua mesti tak perasan yang dah 3 minggu kita bercuti, apa-apa pun untuk calon pmr 2011, topik yang hangat mereka bualkan ialah tarikh keluarnya keputusan pmr 2011 yang mereka telah jawab dengan bersungguh-sungguh pada 4 oktober lepas,, terdapat banyak khabar angin yang mengatakan keputusan akan keluar pada 22 disember ini.
namun, apa-apa yang berlaku pun keputusan tetap keputusan dan ia tetap akan diumumkan walau apa pun yang berlaku tidak kira cepat atau lambat, yang hanya boleh dilakukan sekarang ialah berdoa dan bertawakkal sahaja la,,

 insyaAllah 9A pasti milik kita semua
 marilah kita bersama-sama mendoakan kejayaan setiap ahli GENVIXY 
amiiinnnn 801a pasti milik kita

03 December 2011

Birthday!!!!

untuk bulan disember ini terdapat 3 orang GENVIXIAN yang menyambut hari lahir mereka,, sama-samalah kita mendoakan kesejahteraan mereka..

1. Nur Qamarina Binti Zahini (12 disember)

ni la budak nye :)


2. Sabil Fahmee Bin Haji Mohd Sofee (24 disember)

die ni gile mic sket,, haha


3. Siti Hajar Binti Azman (24 disember)

huh,, smangat beno dye ni xD


semoga mereka bertiga ni dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki,,
kita juga doakan supaya rezeki Genvixian yang lain juga dimurahkan dan seterusnya mencapai 801a dlm PMR yang keputusannya akan diumumkan kelak,, :D